4 Januari 2013

2013: My First Outing.

Hye Bloggers!!Happy New Year 2013!!Okayy fine aku lambat beberapa hari..but, better late than never rite? Missing my blog so muchie.huhu. Anyway, how your New Year guyss? mesti meriah sampai tak hengat dunia kan?. Tambah-tambah lagi kalau celebrate bersama family and sedara terdekat. Pastu nak tanya sikit..dah ada azam baru tak untuk tahun ni? Kalau tanya aku, aku berharap semoga kehidupan untuk tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya, dikurniakan kesihatan yang baik begitu juga untuk keluarga dan sahabat handai..dapat kerja yang bagus, dan mendirikan rumah tangga secepat yang mungkin.haha..gatal. Alahai..bahagian pengenalan je dah sekian panjang..tu pasal la lama sangat tak update blog.hehe.

So today activity, seawal jam 7 pagi lagi aku dan Aunty dah terpacak kat depan klinik kerajaan. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk check blood pressure. Nasib baik tak ada ramai orang seperti sebelumnya bila aku teman mak...kalau tak, naik berbulu jugakla kepala aku seperti digaru gamaknya bila menunggu giliran yang tak kunjung tiba.

Untuk itu, perkara terbaik yang harus dilakukan bila pergi klinik yang memang sah-sah setiap kali pergi memang comfirm ramai orang plus tunggu giliran pun memang lama adalah:


Pertama: Bawa bekalan air dan makanan untuk alas perut.

Tujuannya adalah supaya anda tidak lapar..Lagipun confirm tak sempat breakfast punya kalau dah terpacak awal pagi kat depan klinik tu. Kalau ikut gambar sekadar hiasan tu, memang melampau la juga kan? kalau tak bawa tu pergi berkelah kat klinik, memang melantak tak hengat dunia la jawabnya kan?haha..


Kedua: Bawa bahan bacaan sebab confirm anda akan boring bila tunggu angka giliran yang masih lama lagi.


Ini adalah the latest novel yang aku baca. Kalau bawa ni, orang yang lalu lalang dengan nombor angka giliran tu sekali pun aku tak layan..dah tu mata asyik melekat je kat buku..hehe.


Ketiga: Bawa baju sejuk seperti jacket tak pun cardigan.

Yang ni sangat penting untuk insan seperti aku yang memang jelas tak tahan sejuk sekalipun suhu aircond tu dah tahap paling rendah dah. Jangan nak hairan sebab dari zaman purba lagi aku memang tak tahan sejuk..boleh pakai stoking dan baju berlapis ala-ala musim salji aku dibuatnya..melampaukan? tapi itulah aku.hehe..

Nasib baik jugakla aku ni memang dah terbiasa dengan keadaan kat klinik jadi dah bersedia dah untuk bawa apa yang patut..bukan apa, yang penting aku tak boring..sebab kalau boring, tindakan yang seterusnya adalah mengantok dan kemudiannya tidur..tak ke kesian dengan Aunty dan juga mak bila mengharapkan kita untuk tengok nombor angka giliran tu..betul kan?

First outing aku untuk tahun baru ni dah macam tips dan petua segala kalau pergi klinik la pulak.hehe..yang ni berdasarkan pengalaman tau..harapnya dapat memberi manfaat untuk anda juga.hehe..


2 ulasan:

  1. tenkiuu ;D
    terasa nak outing pulak ujung2 minggu ni. hihi ~

    BalasPadam
  2. Yasmin Aris: Ur most welcome dear :)

    BalasPadam