13 April 2013

Aku VS Murid Matahari!!!


Hye bloggers! Hari tu dah cerita kan.kan tentang  pengalaman solo journey pergi Kuching..now nak cerita pengalaman dah bergelar seorang guru pulak  dengan selamatnya. Orite, setelah seminggu bergelar seorang guru yang berdedikasilah sangattt kepada anak murid tersayang..dapat aku simpulkan bahawa berhadapan dengan anak murid yang berumur dari 4-6 tahun adalah salah satu cabaran yang sangat sangat dahsyat..Kenapa pulak aku kata macam tuu sebabnya bukti pun dah ada..Ni haa..korang baca dan renung. Jangan gelak terlentang dahlah..

Pertama: Untuk beberapa jam yang pertama, aku dah mengalami suara serak-serak basah yang hampir sama dengan suara penyanyi soprano walaupun kedua-dua jenis suara itu jelas tiada kaitan antara satu sama lain..tapi yang betulnya, aku memang mengalami sakit tekak kerana puas menjadi tarzan dalam kelas. 

Kedua: Dibahagian dalam bibir atas dan bahagian bawah ada ulser beranak dan menempel disitu..jelas menambahkan kesakitan yang sedia ada.

Ketiga: Demam kura2 secara tiba-tiba bersama pakej batuk sudah cukup menjelaskan bahawa memang masaklah aku bersama kanak-kanak ribena daam kelas nii.

Keempat: Masalah wanita.. (Hanya sesama wanita yang memahami)..

Kelima: Tahniah dah hari Jumaat pun..esok sabtu dan masa untuk recharging tenaga..harap-harap tenaga akan berpanjangan kalau pekena Kacip Fatimah. (Sila abaikan iklan yang sia-sia ini)..

Keenam: Masa untuk update blogg..khas untuk anda. :p

Baiklah dimulakan dengan ayat skema, menjadi seorang guru kepada kanak-kanak riang ditabika..bila difikirkan balik dengan akal yang waras seronok jugak sebenarnya...Mana tak nya, hari pertama dah dihadap dengan karenah hyperactive yang memanjang, yang kerjanya gossiping pun ada okayy lepas tu kerja nak mendandan jer pun ada..Ehh Hello! Baru berumur 4-6 tahun jer pun okayy..kalah zaman tadika aku dulu ke zaman aku dulu memang kuno..haha..

Tapi, aku pon layan jugak perangai diaorang tuu..sebab hanya dengan cara camtu kita dapat selami hati setiap daripada mereka dan dapat mendidik mereka dengan lebih berkesan..haa, betulkan?.Amboi, kelasss kau cikgu.haha!

Hari yang seterusnya, semua rajin baca buku..siap ada yang jadi guru tak bertauliah lagi kat depan..copycat betul..hehe. Paling lucu, aku bagi mandat suruh diaorang ajar kawan yang malas dan marah kalau diaorang tak nak..apalagi, sayang kawan punya pasal..belajar jugaklah yang malas tuu..sabar je lah aku menengok perangai diaorang nii.haha..

Setakat ni..aku gembira dengan suasana kerja yang semakin dekat dihati..Walaupun secara jujurnya aku bukanlah jenis yang peramah dengan kanak-kanak..sebab adik dan anak buah pun dah masuk sekolah menengah pun..sedikit kekok nak melayan budak-budak..Sekarang ni dah jadi guru..Nahh..ambik aku.haha..

Tak adalah rumit mana pun..chewahh, kalau kena dengan caranya..yang penting, setiap kali diaorang dapat siapkan kerja sekolah..kata-kata pujian mesti ada..barulah diaorang seronok nak belajar..hehe.

Begitulah aku, bersama mereka..segala-galanya adalah yang pertama dan bersama mereka jugak aku belajar untuk memahami dan menyelami hati setiap mereka..fuhh..ayat tangkap lentok tuu.hehe.
 
Kalau tak kerana waktu rehat, jangan harap dapat ambil ganbar diaorang nii..confirm ada yang bertenggek minta diambil gambil gambar..nasiblah aku..aku.:p

3 ulasan:

  1. apapun tahniah, menjadi warga pendidik ni, bukan semua orang boleh jadi pendidik, biasalah tu, dugaan awal

    BalasPadam
  2. Muhammad Faiz mohamed Saaid:Thanks :)..skrg mcuba utk mbiasakan diri.hehe.

    BalasPadam
  3. Best la... minta2 la aku pun dapat juak... tahniah jess..

    BalasPadam