13 Julai 2012

Seiras Artis..ada ker ?

Orang kata kat Dunia ni ada dalam 7 orang yang sama muka dengan kita..betul atau tidak, susah jugak nak percaya sebab tak pernah nampak depan mata sendiri mahupun terserempak..Tapi kalau ada, memang tahap Gaban la seronok..lebih-lebih bagi kita yang tak ada kembar ye tak..? mesti eksited giler nak berjumpa..paling penting, adalah la si Tipah dan si Piah  akan buat perbandingan sapa yang lebih lawa kan..haha.

Oleh kerana semenjak dua tiga menjak ni aku banyak masa lapang..maka rajin jugak la aku melayan benda-benda yang menyeronokkan kat FB ni..salah satu daripadanya adalah Siapakah selebriti yang seiras anda ?..Nak jugak tahu siapa yang ada seiras kita walaupun hakikat sebenarnya selebriti tu memang jutaan kali gandanya lawa dari kita..

Nak tahu saya seiras siapa? Nah, sila tengok-tengokkan.. :0


Hah..seiras ngan akak Nora Danish..? Entah dari sudut tingkap mana la kami dua sama..segan pulak nak menempek gambar disebelah beliau..huhu. Gelak-gelak jugak..korang pulak seiras sapa ? jangan pulak jadi macam aku hari tu..hayat yang lepas adalah jantan..nasib baik gambar seiras Nora Danish..kalau seiras artis lelaki..? mau kecewa aku dibuatnya sampai mengambil keputusan untuk menyimpan janggut..huhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan