2 Julai 2011

Aku dah jadi AUNTY..yahoo!!!

Siapa yang tak gembira bila menjadi aunty untuk banyak anak buah..haha..aku gembira yang melampau-lampau petang tadi apabila mendengar berita tersebut..Kawan sama Universiti iaitu Anty Ros/Rosnie yang aku lawat semalam kat hospital telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel seberat 2.3kg pada pukul 9.39 pagi. Tapi berita tersebut sampai kat aku pukul 4 petang. Hmm..terasa diri ini dah tua pulak..huhu..correction dah DEWASA..uuwaaa..aku pun nak baby jugak..tapi..sabar la k..tunggu MR.BENJEY proposed secara mengejut..tup-tup esok..haa, kan dah gatal pikir yang bukan-bukan..hehe..

Apa-apa pun baik si ibu mahupun baby dalam keadaan yang sihat..itu yang penting. Hurmm, mesti seronok kan ada baby..tapi bila mengenangkan yang aku pernah menjaga anak buah aku yang terlampau lasak tu..seram pulak rasa nya..tunggu bila aku rasa dah bersedia baru aku pikirkan ye..hai perasaan..seronok-seronok..lebih-lebih lagi bila dia dah pandai menyebut mama and papa..tak pun.."Owh mama, boboy nak mintak duit pakai beli mainan BEN 10 tu..murah jer tau RM 99.80"..kuangx3..habisla..kalau anak mengikut perangai papa and mama nya zaman kecik..dah, jangan nak merungut..dipersilakan memenuhi hasrat terpendam anak anda..hehe. Kalau aku..nak kena karate do tak pun silat..boleh jugak dipersilakan mencuba..haha..yang penting aku akan semaikan tabiat menabung tak pun belajar untuk mendapatkan sesuatu dengan berdikari..itu yang lebih afdal..

Macam mana ia rupa baby boy..mesti comel sampai nak picit-pict kan..ee, geram...

Source : google

Hai..tak kira la macam mana rupa bayi itu..diaorang memang ciptaan makhluk Tuhan yang paling comel...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan