17 Oktober 2012

DIY: Custom made HairClip.

Memang minggu ni aku sibuk memanjang dengan DIY projek dari Ribbon sampailah ke Diy Dress. Seronok apa bila kita dapat buat benda yang memang kita minat sesangat and yess no stress..Am I right?

So today..another DIY yang aku nak share ngan korang adalah buat hairclip atau dalam bahasa ibunda "Sepit Rambut." Girls memang suka ngan accessories macam ni..boleh penuh satu bakul lagi tu kat dalam bilik walaupun sah-sah tak semua pun diaorang pakai..Ehemm.macam kena kat batang hidung sendiri la pulak..Tapi best apa kalau ada banyak koleksi..boleh tukar-tukar pakai and mix match lagi kan.? statement cuba melindungi diri la tu.



 

So, ini adalah hairclip yang dah siap aku buat..okayy tak? sangat simple..lepas ni aku akan kongsikan cara-cara untuk membuatnya.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sepit rambut ini ialah:
Sepit Rambut yang kosong, Hot Melt Gun, Kain jenis jarang, dan Manik.




Cara-cara membuat:


1. Mula-mula korang buat bentuk bunga terlebih dahulu kat kain jarang tersebut dan gunting. Bentuk bunga tu, korang boleh jugak buat lakarannya kat kertas terlebih dahulu dan buat bentuk bunga tu paling kurang dalam 6 keping ye. Dalam masa yang sama, masukkan manik yang berwarna putih kedalam benang.

2. Bunga yang korang dah gunting tadi tu dilipat kepada 2 bahagian, untuk mendapatkan hasil yang lebih baik..bunga tersebut boleh dilipat sekali lagi kepada 2 bahagian dan kemudiannya guna Hot Melt Gun untuk melekatkan bunga tersebut diatas sepit rambut..dan ulang sehingga kesemua 6 keping bunga tersebut dilekatkan.

3. Seterusnya, manik yang dah korang masukkan benang tadi boleh dilipat kepada 3 bahagian dan lekatkannya diatas kain jarang yang dah dilekatkan terlebih dahulu tadi..

4. Last but not least, korang boleh lekat apa-apa hiasan kat hujung sepit rambut tadi..seperti yang korang boleh lihat kat gambar Step 4 tu, aku lekatkan bunga roses yang dibuat dari reben.

So far korang dapat ikut tak..?

Dan ini adalah hasilnya..


Okaay tak..you guys like it..? So now, korang pun dah boleh buat hairclip sendiri..glad that I can share it with you guys. Gudluck ya!!




7 ulasan:

  1. Iha Zaliza: Thank You dear.Ada masa,try la buat :)

    BalasPadam
  2. Nur Anis & Aesya Zealous :Thank you so much dear..glad uols like it.jgn lupa try buat sendiri tau. :)

    BalasPadam