23 Oktober 2011

Kau nak buat apa kalau aku MALAS..?

Haiih..bila la nak rajin kalau dari hari isnin sampai ke hari ahad aku rasa malas nak buat keja.? Penyakit siput mana la yang dah merebak kat badan aku sampai nak buat keja pun malas..tapi kalau bab berjalan tak pun shopping mopping boleh tahan pulak tenaga..mengalahkan orang yang ada minum Tongkat Ali la pulak..

Boleh tolong tak..? Tolong cabut segala siput yang ada kat badan aku nih..Jess.jess. bila la engkau nak menjadi seorang yang dewasa dan bertanggungjawab pun aku tak tahu. Esok dah pegi jalan lagi dengan si Ayin..memang tak bertamadun la korang berdua..asyik nak menyukat jalan aje..Tiba-tiba aku berpikir dari otak yang tak berapa nak cerdik..Aku dan Ayin patutnya masa sekolah bercita-cita jadi penyukat jalan kan..tapi ada gaji tak setiap bulan..? huahuahua..

Dah.dah.aku nak mula buat keja la ni..nanti Mr.Benjey ter-pot-pet kalau dia tahu aku malas2 macam ni..Hurmm, kalau gitu...sebelum buat keja aku nak layan novel sekejap boleh tak..Pleaseeee. :0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan