21 Disember 2011

Bekerja Sepanjang Krismas.


 Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya..Waa advance aku!.haha..Selamat dan Tahniah jugak diucapkan kepada diri-sendiri kerana sememangnya akan bekerja sepanjang krismas. Boleh sahaja kalau aku mahu bercuti tetapi, aku memilih untuk bekerja. Kenapa..? Sebab aku masih dalam mood gigih dan tekun bekerja. "Kau memang pekerja yang sangat berdedikasi Jess. Tahniah!" Hurmm..maaflah korang, tanpa disedari aku terjual minyak sapi la pulak. (Promote diri sendiri) Tapi, memang itulah kenyataanya.haha..

Tak lama lagi kita akan menyambut Tahun Baru (2012). Sebelum dan selepas tu, aku nak tanya korang..azam tahun ni ada yang dah tercapai ker belum.? Kalau ada, sekalung tahniah daku ucapkan kepada kalian . Tapi, kalau tanya aku, sudah semestinya aku akan menjawab dengan penuh keyakinan didada bahawa "Selepas hampir setahun menternak Lembu DAN Kambing dirumah, aku akhirnya dapat kerja dan bekerja!!!" Seronokkan.? Seperti terlebih hormon testosterone la pulak akibat terlalu gembira.haha. Untuk tahun 2012 punya azam, nanti kita share-share lagi ye korang..?.

P/s: Selamat Maju Jaya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan