7 September 2012

Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri.

Jika anda ingin lari sebentar daripada kesibukan bekerja, Borneo Tropical Rainforest Resort adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi bagi anda yang menyukai suasana alam semulajadi dan sekaligus boleh mencuba pelbagai aktiviti rekreasi yang telah disediakan..sangat berbaloi!!.

Pada mulanya kami memilih untuk menghabiskan masa hujung minggu ke taman buaya tak pun melawat muzium di Grand Oil Lady. Tapi akhirnya sepakat membawa berkat mahu pergi ke tempat yang lebih adventure iaitu ke Borneo Tropical Rainforest..Sangat tak menyesal ye pergi sana.

 Lokasi Borneo Tropical Rainforest ini terletak di Jalan Miri-Bintulu dan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dari Miri Airport dan 50 minit perjalanan dari bandaraya Miri.


Seawal jam 9.00 pagi lagi, kami dah sampai di Borneo Tropical Rainforest Resort. Pada hari itu, kami memilih pakej RM70.00 yang mana aktiviti kami bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang..pakej ini termasuk sekali dengan lunch dan afternoon snack..sangat berbaloi..

Pada hari tersebut, kami sepakat untuk memilih aktiviti seperti Waterfalls visit, River boat ride, Boating, kayak dan Resort tour. Semua aktiviti ini adalah percuma dan telah termasuk dalam pakej RM70.00. Ada juga aktiviti indoor lain, tapi adalah lebih menyeronokkan jika kita membuat aktiviti yang agak lasak sedikit disamping dapat menikmati alam semulajadi. Selain itu, kami memilih untuk mencuba aktiviti Flying Fox. Untuk aktiviti ini, kami terpaksa menanmbah RM 10.00 kerana ianya tidak termasuk dalam pakej..Tetapi sangat berbaloi untuk dicuba..


Ini adalah group kami yang pergi pada hari tersebut..sangatlah happening!! dan tak sabar nak cuba semua aktiviti yang telah dipilih. Bila buat aktiviti bersama kawan..terasa lebih menyeronokkan. Sangat Teruja okkay..


Dah macam kumpulan Boria la pulak.hehe. Masa ni kami sedang bersedia untuk aktiviti pertama pada pagi itu iaitu Boating.!


Wajah-wajah gembira bila buat aktiviti boating..Paling lucu, bila kami asyik berpusing-pusing ditempat yang sama. Nampak bebeno tak pandai nak mengayuh..hehe.


Bersama cik abang, kami mengemudi boat..agar para penumpang kami tidak sesat dan selamat sampai ke destinasi yang dituju..kayuh jangan tak kayuh..dah nak bermuscle lengan aku dibuatnya..fuhh!


Aktiviti kami yang ke2 pada pagi itu adalah Resort Tour..Ini adalah part paling best sebab dapat tengok tempat kat Resort tu secara keseluruhan..


 Antara tempat menarik yang sempat kami lawati dalam Resort Tour ni adalah ladang ternakan kambing, Ayam, Itik, ada juga burung Merak..Sangat sombong! tak nak tengok kamera pun..memang perasan cantik la haiwan nih..Paling best, sepanjang perjalanan, kami sempat melihat ladang Buah Naga..Ini adalah antara buah kegemaran saya!.hehe..Ada la jugak buah-buahan lain yang ditanam seperti pokok durian, pisang dan Rambutan..Seperti kata Tour Guide kami..kalau pergi tempat ni masa musim buah-buahan sangat untung..boleh tumpang makan sekali..Kalau nak beli untuk bawa balik pun boleh jugak..Bessst nyerr!.sayang sekali pergi masa bukan musim buah-buahan.huhu.


Resort Tour yang seterusnya ialah River Boat Ride, Sangat menarik sebab ditengah-tengah sungai buatan ini terdapat ikan dimana kami boleh memberi makan kepada mereka..Kalau la ada jala..memang ku tebarkan sajalah kat ikan tuh..sangat banyak..Excited sebentar aku melihatnya..fuhh!


Masih lagi River Boat Ride..Di tempat yang sama inilah kami akan buat aktiviti kayak nanti..Ahh sudahlah..jeles aku melihat mereka..sangat seronok..!! Ini barulah aktiviti sihat yang mengeluarkan peluh..Jangan sahaja nanti berpusing ditempat yang sama seperti boating pagi tadi sudahlah..Tak sampai-sampailah jawabnya nanti.hehe.


Dengan gaya yang amat bersemangat..saya dah bersedia untuk ke tempat yang seterusnya iaitu Waterfalls dan Waterpark..are you ready? Haiyaai captain!!


Dalam 10 minit perjalanan, akhirnya sampai. Ohh..this is heaven. Its Waterfalls guys..!! Tempat ini sungguh cantik!! dan bila jer tengok..Oh my..Sangat tenang dan mendamaikan..Paling penting ianya masih terjaga..Masa ni masih lagi dalam Resort Tour..Memang berbaloi ambik pakej ni..banyak tempat yang menarik boleh kita tengok..and please.please guys..don't do anything that might harm our mother Nature okayy!.



Last, but not least Resort Tour untuk hari tersebut adalah Waterpark..muka memang seperti kanak-kanak riang yang bila-bila masa jer akan ready berenang..But.but..so sad.Tak tau ada Waterpark..and the great news is..xda bawa baju renang..uwaaa.sobx3.sabo jelah..next time okayy.Promise.!


Ni lagi satu aktiviti lasak yang aku sangat suka..Flying Fox!! ada ker high Ten? tak kisahla..selalu orang high Five..kalau dah high Ten tu maksudnya Double Excited ler.haha..jess.jess.


Aktiviti terakhir..disebabkan kecewa tahap frust tertongeng-tongeng ngan Waterpark. Sekali lagi kami bersepakat memilih Kayak..Terubatlah sedikit rasa kecewa tersebut..apa lagi..Jomlah lumba haram..Rasanya kalau kayak laju-laju takde kot orang nak saman..Drift la korang kat situ..haha.

Hari yang sangat indah bila dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah..kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut pasal tempat ni..Anda boleh tengok kat sini. Borneo Tropical Rainforest Resort.

P/s : Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga, team building..dan paling penting..bagi anda yang mahu mencari ketenangan jauh dari stress segala.



3 ulasan:

  1. x penah sampai sarawak lagi walaupun wife ada kat kuching hehe

    BalasPadam
  2. Phat: Ye ke? Rugilah..apa lagi Pergilah..bak kata orang, "jauh perjalanan, luas pengalaman" hehe :)

    BalasPadam
  3. Jess tok jk ka gamba kt sia? Aku pun hilang. Lm fb ko gk ada ka?

    BalasPadam