2 September 2012

Martina's wedding : Part 1

Siapa Martina..? Chewah..seperti tajuk drama kemana hilangnya juwita la pulak. Martina tidak hilang ye..cuma dia selamat melangsungkan perkahwinan bersama dengan suaminya..kira happy Ending la..untuk saya belum lagi..tengah menunggu dengan penuh sabarnya untuk tahun-tahun akan datang.

Boleh dikatakan..Martina yang nak berkahwin, aku dan En.kekasih pulak nervous sesangat..kenapa boleh macam ni..? bukannya  kita orang yang nak berkahwin..sangat menghairankan..

Bukannya aku tak cuba ala..ilek la makan chewing gum..tapi masalahnya..En.kekasih datang Miri pada 29 August. Martina Berkahwin pada 1 September..Semput tak semput..satu barang pun tak beli lagi termasuk la hadiah buat pengantin..ahh lantak la lembu..

30 August 2012

Setelah menziarahi 2 buah favorite shopping mall..ternyata pencarian ini bukan setakat sia-sia malah sangat menghampakan..Banyak-banyak barang..Aku harus beli baju dulu tau tak..Baru la boleh move on ngan benda lain sperti accessories dan shoes..


Akhirnya dapat jugak aku jumpa baju yang berkenanlah sangat dihati..nak tahu mana aku beli..? shopping mall ketiga yang tak terlintas pun aku rasa nak pegi..Fuhh..mencabarlah sangat shopping last minute..paling penting..dress itu dari kain lace! sangat sukaa :0

Bab dress dah settle. Syukurlah..Sebenarnya tersangatlah tension rasanya bila kita tak jumpa benda yang berkenan dihati..itu jugak la aku rasa untuk kesekian kalinya bila nak cari accessories dan kasut yang sesuai. Pusing punya pusing sampai berjam-jam jugak la aku kat satu tempat tu semata-mata nak double confirmkan betul ka pilihan den ni?...aduhai..


Pilih punya pilih..akhirnya jumpa jugak accessories dan kasut yang berkenan dihati..kiranya pakai baju tema white la ni nanti. Sangat suka. terima kasih tak terhingga kepada pengkritik tetap lagi bernas iaitu En.kekasih..sangat logik ya idea awak.haha..

Paling seronok..bila shopping masa nak merdeka ni..semua barang ada diskaun..percaya atau tidak..rantai pearl tu hanya berharga RM 11.00 jer.OMGosh..betul ke kiah, semah..tak percaya ker? Berbaloi la sangat kalau kita orang perempuan ni pegi shopping..survey barang je dah sekian, pilih jer dah sekian..last sekali baru membeli. Bak kata pepatah melayu.."Alah membeli, menang memakai"..betul tak?

31 August 2012

Semua barang dah settle..tiba-tiba terasa ada yang kurang..hurmm..apa ye. Alah almaklumlah orang perempuan kan..walaupun pada tarikh tersebut fokus membeli barang untuk En.Kekasih, tetap ada jugak la terselit barang den.hehe..


Ya..membentuk kening adalah perkara terakhir yang dilakukan pada hari tersebut..maka dengan itu, saya mengumumkan..kami telah besedia untuk menghadiri majlis perkahwinan Martina..hehe. Nantikan part 2 ye..dimana member-member sama study reunion..mak aihh..senonoknya berkumpul..hehe.happeninglah sangat ye. :)

2 ulasan:

  1. piko ija:memang sgt untung kalau beli barang masa tengah sales.hehe.

    BalasPadam