13 September 2012

Hobi 3: Keychain.

Rasa-rasanya ada lagi tak orang nak mengumpul benda macam ni ye.? Ada kot, tetapi tersangatlah jarang dan mungkin jugak boleh dihitung pakai jari dan kaki jer jumlahnya..Dengan wujudnya internet tanpa sempadan dan segala gadget dipasaran, tak boleh jugak nak salahkan budak-budak sekarang sekiranya itu lebih memberi kepuasan kepada mereka berbanding mengumpul sesuatu benda untuk dijadikan sebagai koleksi dan paling kurang pun disimpan sebagai kenangan. Anda setuju..?

Tetapi itu bukalah satu persoalan yang besar bukan..? kerana tanpa kita sedar, semua kita suka mengumpul sesuatu benda yang kemudiannya dijadikan sebagai hobi. Contohnya, Keychain. Bukan nak kata peminat tegar keychain. Tetapi, setiap kali pergi melawat ke suatu tempat mesti benda pertama yang kita nak cari untuk dibagi kepada kawan tak pun sebagai hadiah kenang-kenangan adalah keychain. Betul tak..?.

Aku tak ingat bila aku mula mengumpul keychain, tapi yang pasti semua hobi aku bermula pada zaman sekolah..Semua keychain yang aku ada adalah hadiah daripada kengkawan mahupun daripada keluarga yang ada pergi bercuti. Bila aku mengumpul keychain, bukan bermaksud aku obses nak membeli hanya semata-mata kerana menyukainya..tetapi lebih kepada menyimpan dan dijadikan sebagai koleksi peribadi.


Ini adalah favorite keychain aku..yang "Birthday Girl" itu merupakan salah satu hadiah daripada kawan baik masa hari lahir aku pada tahun lepas..sangat comel.!


Ini pulak custom made keychain yang dihadiahkan oleh kawan baik..cantikkan? Sangat kreatif dan yang penting ada nama aku kat situ.hehe..


Keychain Kangaroo (I love Perth) ini merupakan pemberian daripada lecturer kepada kami semua masa Final Year. Masa tu dia ada outsation ke Australia dan memberikan keychain ini sebagai tanda kenang-kenangan..Walaupun belum pernah pergi Australia, ada keychain dia pun jadilah labu..hehe.


Ini pulak antara koleksi keychain Sarawak yang aku ada. Tidak lengkap rasanya jika kita mengumpul keychain tanpa keychain dari tempat kita sendiri ye tak?..Jika anda ingin tahu apakah simbolik bagi bandaraya miri, ianya adalah Seahorse sepertimana yang anda boleh lihat kat keychain seahorse di atas. :)


Dan ini pulak antara koleksi keychain yang dihadiahkan oleh kengkawan yang ada pergi Melaka dan keychain Langkawi daripada Abang. Masa aku convo kat Shah Alam..boleh pulak antara benda yang aku lupa beli adalah keychain..sadiskan bunyi..? Bila bab baju,kasut dan beg..tak pula lupa beli..hehe.

Selain daripada keychain diatas, aku juga ada koleksi keychain Sabah. Memandangkan aku pernah melanjutkan pelajaran kat sana, maka aku tidak lupa untuk membelinya sebagai kenang-kenangan. Kalau anda ada ternampak keychain cartoon seperti angry bird tak pun love-love ker..sila abaikan..sebab aku pun tak terlepas daripada menyukai sesuatu yang comel. Bukan budak-budak je tau boleh minat.hehe.


2 ulasan:

  1. jemput singgah n follow shoppylegacy.blogspot.com ye, tinggalkan jejak di ruangan chitchat..i'll follow u back :D

    BalasPadam
  2. Nur Iffany: tq..will follow u 2 :)

    BalasPadam