16 Disember 2011

BIla Aku jadi kaunselor tak Bertauliah.

Layakkah aku..? Tengok rupa pun dah tahu..Konfom spesies kanak-kanak riang..jadi dari segi mana la pulak aku ni ada bakat jadi kaunselor..?

Hari ini, aku menjadi tempat untuk mereka meluahkan perasaan duka yang ternyata lebih banyak berbanding bahagia..Kehidupan memang begitu bukan..? Begitu perit kehidupan yang mereka lalui tetapi mereka tetap tabah menghadapinya kerana mahu atau tidak, perkara itu sudah terjadi..Jika aku berada di situasi mereka, adakah aku akan jadi setabah itu..? Tetapi aku yakin, Tuhan tidak akan memberi dugaan yang aku sendiri tidak mampu untuk hadapi.. maka bersyukurlah kita dengan apa yang kita miliki di ketika ini.

Sesungguhnya aku memang sangat bertuah..kerana dikelilingi oleh insan yang sentiasa menyayangi walau dalam apapun keadaan..Adanya keluarga yang sederhana, kekasih yang setia dan penyayang serta kawan baik yang sentiasa ada disisi..Lalu, apa lagi yang aku mahukan dalam kehidupan ini..?

Setiap kita punya kisah hidup yang tersendiri..aku juga begitu..semua perkara yang berlaku dalam hidup sesungguhnya mematangkan kita..Terlalu mengikut perasaan, keanak-anakan, separa matang..bla.bla.yayaya semua sifat tu aku ada.hehe..tapi tak ada salah dan betulnya kan..?

Apa-apa pun mendengar kisah hidup daripada orang yang berbeza memang banyak mengajar kita supaya berfikiran lebih rasional dan matang..kerana hidup hanya sekali dan Pilihan ditangan Anda..chewahh..sekian-

6 ulasan:

  1. kalau kita dpt dengar mcm2 masalah .
    kita dpt jugak merasa pedih n bahagianya bersama =)
    kaunselor ke ni ? nk luahkn maslah la sbb kaunselor comel !ahaah =p

    BalasPadam
  2. Hehe..Hye En Muncit. stp hari sy mjadi pdengar setia kpd rakan sekerja dgn mslh diaorg.kdg2 kesian jugak.tp tak ada apa yg boleh sy bantu melainkan mdgr.jika dgn hnya mjd pndengar boleh mgurangkan beban mrk..maka sy dah lakukan apa yg tmampu sy buat.

    BalasPadam
  3. kire ok la tu kan. dapat jugak dorg luahkn ape yg terpendam tu . good job ! hee

    BalasPadam
  4. kdg2 bila dgr masalah diaorg, boleh jd iktibar utk kta.. semangat utk kta supaya tak mudah putus asa.. ada lagi yang lebih susah dr kta n tabah dr kta kan.. nice entri! :)

    btw.. jeles, muka licin jer.. tips2 hehe

    BalasPadam
  5. Sy setuju sgt ngan cik eVa tu..memang bnyk yg sy belajar drpd kisah hdp diaorg..naa, licin ker.hehe..tidak la sgt.ada jugak jerawat sebijik 2 menempek kt situ.hehe.

    BalasPadam