4 September 2012

Martina's Wedding : Part 2

Saatnya telah tiba..pada 1 september 2012 yang lalu, bertempat di Eastwood Valley Resort..telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan Martina dan juga suami. Majlis berlangsung dengan sangat meriahnya dengan dihadiri oleh sanak-saudara daripada pihak lelaki mahupun perempuan. Tersangatlah teruja melihatnya..lama jugak tak menghadiri majlis perkahwinan..paling last pun 5 tahun yang lalu..



Kali ini terasa lebih bermakna kerana menghadiri majlis tersebut dengan ditemani oleh En.kekasih..kiranya mengambil berkat dari pengantin..mana la tahu kot-kot tahun depan majlis kami pulak..hehe..Doakan kami ye :)



Yang paling mengujakan mengenai sesuatu majllis perkahwinan adalah bila ianya menjadi medan untuk kawan-kawan berjumpa..Masing-masing melepaskan perasaan rindu ..bertanya perkembangan masing-masing dan soalan paling biasa ditanya "kau bila lagi ?" Dah ambik kau..tersekat-sekat seperti tertelan bola pin pong aku nak menjawabnya..Jawapan skema aku.."Tak tau la"..Tak tahu la sangat.hehe.



Pengantin berarak masuk ke dewan dengan menggunakan persalinan berwarna merah..sangat Cantik!!


...Benjamin & Martina..semoga hubungan kalian berkekalan buat selama-lamanya..


Pengantin dalam acara memotong kek..rasa teruja itu terpancar pada wajah mereka..nervous ekk?hehe.



Pengantin membuat minuman ucap selamat bersama keluarga dan para tetamu yang hadir pada malam tersebut..May God Bless both of you :)



It's makan time!!..nah kau..kalau bab makan ni, dah habis makanan baru nak sibuk ambik gambar..padahal menyesal tak hengat dunia..sebab asalnya nak ambik gambar setiap makanan dulu..tapi dah terlajak makan..tak dapat nak ditolong..



Bergambar bersama pengantin..hanya ni sajalah gambar yang dapat diambil bersama pengantin..dengan masa yang agak singkat..menyukarkan lagi nak ambik gambar kenang-kenangan bersama..tak apa la labu..sekeping pun sekeping la. Janji ada..ye tak..?


Interframe sekejap..Pengantin sibuk nak berjabat tangan dengan tetamu, aku pulak sibuk nak bergambar dengan dia..sampaikan ada lah seorang tetamu ni tiba-tiba berjabat pulak ngan aku..haha..malu sebentar aku dibuatnya..dia pulak tersengih kerana ingat aku kelarga dari pihak pengantin..haha.



Tak dapat ambik gambar dengan pengantin..dengan nada yang frust..dengan kereta dia pun jadilah kan..hehe,.



Gambar penutup, bersama En.Benjey..Semoga dengan izin Tuhan.tahun depan majlis kita 2 pulak ye.. :)


2 ulasan: