9 Mei 2011

Cinta Mati...

Setiap dari kita punya kisah cinta yang berbeza..perasaannya sama..tetapi permulaan untuk setiap hubungan itu berbeza..unik bukan..ceritalah seribu satu kisah cinta dan kupas la sebanyak mungkin maklumat kisah cinta kawan anda dan mereka..ianya tetap menjurus kepada rasa yang sama..iaitu CINTA..

Bila kita mendengar kisah cinta mereka..kita akan tertawa..kerana ada kelucuan dalam pertemuan itu..bagaimana mereka bersama, mengharungi setiap detik hubungan itu dengan berkongsi rasa, cerita dan mungkin juga impian bersama..Begitu indah bila kita dapat berkongsi segala keindahan itu bersama pasangan..seolah-olah, kita yakin dan pasti, dia lah teman yang terbaik buat kita..tetapi setiap yang indah itu hanya bersifat sementara jika tidak disemai dengan sifat kepercayaan, kesabaran serta kesetiaan..

Bukan kisah cinta aku yang mahu aku kongsikan disini..tetapi kisah cinta yang mungkin wujud dalam jutaan manusia..sekadar membayangkan jika ianya benar wujud..jika benar, maka bertuahlah pasangan itu..kerana walau apa pun keadaan pasangan anda..terimalah mereka seadanya..jangan membayangkan dia sepertimana yang anda mahukan dalam hubungan itu..terlalu sempurna..? itu hanya khayalan.

Cerita cinta ini aku dapat secara tidak sengaja daripada internet..cukup ringkas dan padat..tapi cukup bermakna..ianya dalam bahasa English..tapi oleh kerana aku baik hati..aku terjemahkan dalam bahasa melayu..hehe..kisahnya bermula disini:

" Alkisahnya..si suami sentiasa memastikan bahawa isterinya menerima sejambak bunga ros setiap kali dia pergi kerja..Suatu hari..si suami meninggal dunia..tetapi yang peliknya..si isteri tetap juga menerima sejambak bunga ros sepertimana selalunya..kerana berasa pelik dan ragu dengan apa yang berlaku, maka si isteri pergi ke kedai bunga tersebut dan bertanya tentang apa yang berlaku..dan mereka berkata bahawa suaminya telah membayar dengan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan bahawa isterinya akan menerima bunga ros tersebut setiap hari sepanjang hayatnya.."

P/s : Renung-renungkan lah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan