8 Mei 2011

Owh mak..I LOVE YOu !!!

Hari ini merupakan hari keramat buat para ibu..hari untuk kita menghargai..serta mengingati setiap pengorbanan mereka..betapa dari kecil kita dimanja..di turutkan segala kemahuan hanya kerana mahu kita bahagia dan ketawa ceria..begitu bernilainya kita buat mereka hingga bila kita merengek sahaja sudah di pujuk..apa lagi kalau menangis..silap2 mintak kapal terbang pun dibeli juga..itu dah melampau nama nya..kalau aku ada anak gitu..tahu la aku bagaimana nak bagi kelas pendidikan moral..betapa bertuahnya anak yang mendapat ibu seperti ku..tegas serta berwibawa..:0.

Bukan pasal aku menjadi  emak yang mahu aku ceritakan..tapi mengenai emak yang melahirkan aku..betapa dekat nya emak dengan kita sebenarnya kerana tanpa kita sedar bila kita terjatuh mahu pun berlaku sesuatu yang buat kita terkejut..perkataan pertama yang akan keluar adalah..MAkk!!..tapi ada ayat yang lebih popular dari itu..misalnya..OOhh mak pocot engkau!!..sekarang anda percaya bukan..

Bukan ayat itu yang membuatkan kita merasa ibu dekat dengan kita.. tetapi persamaan diantara keduanya..seperti aku dan mak..kami punya minat yang sama terhadap baju kebaya..asal tengok kebaya je terbeliak..memang serupa ye tabiat itu..tidak dinafikan..mak la kawan serta penasihat terbaik dalam semua hal..apa2 hal.rujuk kat mak dulu..sebab kita tahu dia adalah keutamaan kita sebelum berkahwin.

Terus terang..aku bukanlah anak yang baik..tetapi aku cuba menjadi yang terbaik buat mereka..kadang2 pun aku buat masalah jugak..normal la tu..waktu zaman sekolah..aku xpernah ponteng hatta masa sakit pun mesti pegi..sebab mak aku pentingkan disiplin..tapi, bila aku dah masuk Universiti..aku dah pandai ponteng..asal nak sambung tido, ponteng..tapi yang best nya pasal aku..bila time telefon kat mak..aku beritahu dia yang aku ponteng..jujur x jujur..memang kena leter juga la kejujuran aku tu..tapi aku lebih senang terus terang ngan mak..bukan apa..tu je cara untuk mengurangkan rasa bersalah dan berdosa dari ponteng..

Apa2 pun..sempena hari ibu nie..aku nak mintak maaf dengan mak kalau aku ada buat salah ngan dia..bukan apa..buat silap tu memang banyak..xabis pun nak di cerita..aku cuma nak bagi tau kat dia yang aku sentiasa menyayangi dia walau dalam keadaan apa pun (Hmm..macam ikrar kahwin pulak)..dan terima kasih kat mak di atas segala kasih sayang yang dia curahkan kat aku..terharu tak.

P/s: I LOVE U MOM..from the bottom of my heart...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan