15 Jun 2011

Peninggalan dari Arwah..

Cantik kan pinggan ni..punya nilai estetika nya tersendiri..Kalau nak tahu, pinggan ni dah wujud sebelum aku lahir lagi..Betapa panjangnya umur pinggan ni..tetapi masih lagi dalam keadaan yang elok.

Yang sebenarnya..pinggan ni aku ambik dari kampung..bukan arwah mahu pun sesiapakan pun menghadiahkan aku pinggan ni..perasan kan aku..Tetapi aku ada sebab yang kukuh kenapa aku mengambilnya..

Arwah atuk dan nenek sebelah ayah memang rapat ngan aku..dari kecil aku di jaga oleh mereka..boleh dikatakan aku lebih rapat ngan mereka berbanding ngan keluarga sendiri..mereka terlalu penuh ngan kasih sayang..dan jika anda cuba mengenali dan rapat ngan mereka..anda pasti jatuh cinta..

Tujuan aku mengambil pinggan ni sebab aku mahu menyimpan sesuatu kepunyaan mereka sebagai kenangan..maka sampai bila-bila pun aku akan rasa bahawa mereka sentiasa dekat ngan aku walaupun sebenarnya mereka jauh..sedih kan..:(

Tetapi yang pasti..pinggan seperti ini tiada lagi di pasaran..itu yang penting..jika ada pun tidak akan sama. Pinggan ini boleh dikategorikan sebagai VINTAGE sebab usianya lebih dari 20 tahun, klasik dan lama..Selalunya pinggan ni ada kat kampung2..jika anda berminat, rajin-rajinkan lah mencari..^___^

Lagi gambar pinggan..


Baiklah..yang alas bunga-bunga tu tak termasuk yang aku ambik k..itu kain baju kurung.hehe..Sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan