25 Jun 2011

Jom Buat Baju Raya!!!

Hmm..aktiviti semalam tu sebenarnya..bukan main seronok lagi bila bab membuat baju untuk raya..meriah gitu..Aku walaupun tak menyambut raya..tak kira la apa musim..kecuali musim buah-buahan memang berkenan sangat la membuat baju kurung..bukan apa..kain jer dah pelbagai corak dan warna..paling seronok, ianya bukan macam dress mahupun apa2 baju yang perlu tema tertentu..

Apa lagi..bila Ayin kata "jom kita buat baju..malam karang yer"..hmm, bagai pucuk dicita ulam mendatang..aku pun malu-malu kambing tapi mahu dibuatnya..hehe..


Ini adalah kain yang aku hantar semalam..buat masa ni 2 pasang dulu..kalau puas hati karang berpasang-pasang la jawabnya ye tak..hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan