5 Ogos 2011

Manfaat Kad Telefon..

Korang masih ingat lagi tak ngan Kad Telefon..?..Ala..dulu masa nak telefon parent atau pun kawan, tak pun kekasih hati, korang mesti pakai pondok telefon kan bergayut sakan ?, masa tu kita guna duit syilling tak pun kad telefon ye tak..Tetapi penggunaan Kad Telefon ni semakin berkurangan semenjak adanya handphone..Pegi kedai top up jer kalau habis kredit..Itu zaman sekarang..

Bagi anda yang memang mengumpul kad telefon ni seperti aku, maka untunglah sebab banyak manfaat daripada kad telefon ni yang korang boleh dapat sebenarnya..Terdapat macam-macam gambar yang ada kat kad telefon tu kalau korang perhatikan..kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu kewujudan benda tersebut..


Ini adalah antara koleksi kad telefon yang aku masih simpan dari zaman sekolah sehinggahlah sekarang. Tu pasal la ada yang kabur sedikit gambarnya..Yang bestnya kad telefon ni, dia ada bermacam-macam jenis gambar yang menarik yang mungkin sesetengah daripada kita tak pernah tengok malah tak tahu pun nama untuk sesetengah benda tu. Contohnya, gambar rama-rama. Kita hanya tahu ianya adalah gambar rama-rama tetapi jarang yang tahu apakah nama bagi spesies rama-rama tersebut. Kiranya kad ni bermanfaat dari segi ilmu juga la untuk kita. Jika di framekan pun cantik jugak kan..? Mana ada lagi orang jual benda ni kat kedai kan...


Yang ini pulak Kad Telefon dari Brunei..Aku meminta jasa baik kakak yang tinggal kat Brunei supaya simpan kad telefon ni untuk aku..hehe..Penggunaan Kad Telefon diarong ni bukannya dipakai kat pondok telefon..Penggunaannya sama ngan kita yang reload kat handphone..Masukkan aje nombor digit ke dalam handphone..kira gitu la..Tapi yang ni kira best lagi la..Ada la jugak kan faedahnya aku menyimpan kad telefon diaorang..ada gambar tentang macam-macam tempat yang menarik di sekitar brunei serta barangan tempatan..


Ini adalah antara gambar yang menarik dan tersangatla berkenan bila menengoknya..hehe..Best kan yang ada gambar "Selamat Hari Guru" tu..comel je rupa diorang..kat bawahnya pulak..kad telefon RAYA..ni la yang akan menambahkan keterujaan korang nak sambut raya..tengok gambar pun jadila..hehe.^___^


3 ulasan:

  1. Salam kenal , singgah dan follow sini jemput ke belog saya..

    BalasPadam

  2. Salam..sgguh brminat dgn koleksi kad phone..sy pon byk giler kad-kad phone ni...

    BalasPadam
  3. Klu ad yg nk tuka suka sama suka pon leh..xde hal..nk bli lg ok...apa2 hal reply..k..zasss

    BalasPadam